Pendakwah, Zamihan Al-Ghari menyifatkan kenyataan peguam, Siti Kassim yang mendakwa tuhan tercipta daripada getaran baru-baru ini boleh menyebabkan beliau jatuh murtad dan kafir.
Ini kerana menurut beliau, sesiapa sahaja orang muslim yang menyifatkan Allah sama seperti makhluk maksudnya mereka sudah kafir.
“Kak Bedah (Siti Zabedah Kassim) kafir dan murtad. Kalau mati tak layak dikafan dan ditanam di tanah perkuburan Islam,” katanya dalam satu ceramahnya disiarkan media sosial baru-baru ini.
Sebelum ini, Siti Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa beliau mempunyai Islam versi sendiri dan menganggap tuhan tercipta daripada getaran.
Dalam pada itu, Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) mempersoalkan kenapa orang agama takut menyatakan hukum itu bila berhadapan dengan mereka seperti Siti Kassim.
“Dia Exco Majlis Peguam yang mempertahankan hidangan arak baru-baru ini…ngaji tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat.
“Kalau bukan Islam nak sokong arak ke, LGBT ke takpa la, ini orang Islam yang menjadi penentang,” ujarnya sambil menambah Siti Kassim tidak mengenal Allah tetapi mahu bercakap mengenai ketuhanan.
Selain itu, Pertubuhan Tarekat Muktabar yang pernah mempelawa Siti Kassim belajar mengenal tuhan melalui bantuan pihaknya hari ini mengumumkan pihaknya tidak pernah menyokong kenyataan peguam itu.
Menurut kenyataan, pihaknya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tawaran kepada Siti Kassim itu hanya sebagai usaha membimbing bukan sependapat.
BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Mengeluarkan kenyataan biadab dan menghina nabi, PAS hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis liberal, Siti Kassim dan pemimpin parti STAR Sabah, David Orok.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam bagi membolehkan siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang terhadap kedua-dua individu terbabit dilaksanakan.
Sebelum ini, Siti Kasim dalam ucapan selamat hari rayanya mendakwa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari`pada Tuhan.
Sebaliknya, Siti Kassim yang sering mempertikai hukum Islam itu berkata, mimpi Nabi Ibrahim itu adalah bisikan Syaitan.
Malah, beliau juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya daripada al-Quran.
Lebih malang, kenyataan Siti Kassim itu mendapat sokongan David Orok, bahkan menuduh Nabi Ismail anak luar nikah kepada Nabi Ibrahim.
Marah dengan kenyataan biadab kedua-dua individu berkenaan, PAS dalam satu kenyataan berkata, apa yang diucapkan mereka adalah ancaman yang menggugat ke ketenteraman awam dan kedaulatan negara.
“Kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia,” katanya.



0 comments:
Post a Comment